SHAH ALAM - Tuduhan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mengatakan pendekatan Pas dan Umno kini sama kerana menggunakan sentimen DAP bagi menakut-nakutkan orang Melayu yang menyokong Pakatan Harapan (Harapan) diibaratkan sebagai satu cubaan membunuh inti pati perjuangan parti Islam itu. Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib berkata, pengamatan Mahfuz bukan saja tidak tepat, malah ia dilihat cubaan menakutkan jentera Pas, sekali gus membuktikan Mahfuz kini sama seperti si Tanggang yang derhaka dan sanggup berjinak-jinak dengan parti lawan, DAP semata-mata mahu memusnahkan imej Pas. Beliau berkata, Mahfuz seolah-olah sudah lupa diri dan menafikan beliau selama ini banyak bergantung harap dengan Pas untuk politik dirinya. Menurutnya, Pas bukan saja menyediakan platform dan jentera, malah Mahfuz antara anak didik Pas yang tersohor, akhirnya menjadi si 'Tanggang politik' yang biadab pada bekas parti yan...
Comments
Post a Comment