Kenapa marah Sinar, tanya CEO Karangkraf pada Dr KY

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub mempersoalkan kenapa Dr Kamarul Zaman Yusoff (Dr KY) marah kepada Sinar Harian berhubung forum membincangkan Tun Mahathir Mohamad anjurannya baru-baru ini.
“Kenapa marah-marah Sinar. Ini bukan kali pertama Sinar mengadakan forum malah ini adalah kali yang ke-53,” kata beliau dalam satu kenyataan.
Kata beliau, Sinar Harian tidak memaksa Dr KY hadir ke program berkenaan, Dr itu dengan rela hati hadir.
Sinar Harian juga katanya memberitahu Dr KY yang Sinar turut menjemput Tun Mahathir untuk hadir dalam majlis itu tetapi Tun Mahathir tidak menjawab mengenai kehadirannya.
Dr KY membuat telahan yang silap di sini, kata beliau.
Jelas Hussamuddin, Sinar Harian menjemput Nazri Kahar seorang moderator yang dididik dari Astro Awani, bagaimana Dr KY menyatakan Nazri berfahaman pembangkang.
Begitu juga dengan Dr Mat Saat Baki dan Kelvin yang membicarakan khusus dalam bidang kemahiran mereka, kenapa mereka juga dikatakan penyokong Tun Mahathir oleh Dr KY, soal beliau.
“Dr KY seolah-olah menyalahkan Sinar yang merancang forum itu untuk mempermainkan beliau.
“Segala-galanya berlaku secara tertib dan penuh berhemah tidak ada jerit menjerit atau maki memaki.
“Hanya ilmu dan pengalaman yang menguasai suasana. Dan tidak perlulah mengungkap “ada ubi ada batas” sepatutnya mesti sedar jika “kail panjang sejengkal jangan lautan nak diduga,” kata beliau.
sumber: https://malaysiadateline.com/kenapa-marah-sinar-tanya-ceo-karangkraf-pada-dr-ky/

Comments

Popular posts from this blog

CEO Karangkraf nafi keluar kenyataan isu Dr KY

Sidang DUN ‘satu hari sahaja’, nak tambah bajet pula?

Dr. Mahathir dicabar berhujah dengan Dr. Kamarul Zaman