Posts

Showing posts from September, 2013

Sidang DUN ‘satu hari sahaja’, nak tambah bajet pula?

Image
KUALA TERENGGANU – Kerajaan Barisan Nasional Terengganu diselar kerana memanggil Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Persidangan Dewan Undangan Negeri (Sidang Dun) Ketiga belas yang dijadualkan berlangsung pada Isnin 30 September 2013. Timbalan Pesuruhjaya III PAS Terengganu Dr Alias Razak mempersoalkan, apakah yang dapat dibahaskan dalam sidang Dun yang sesingkat itu dan wakil-wakil rakyat tidak akan dapat membawa suara rakyat sekiranya pihak kerajaan mengekang waktu persidangan. “surat Setiausaha Dewan memanggil Sidang DUN hanya sehari pada 30hb September…………masa yang begitu singkat , sedangkan dalam sidang Dun dua tiga hari pun kami tidak diberi peluang untuk membawa suara rakyat, apatah lagi kalau sidang Dun hanya sehari,”ujarnya. ADUN Bukit Tunggal itu yang juga Pengerusi Lujnah Hal Ehwal Dewan Undangan Negeri (DUN) PAS Terengganu mengesyakki kerajaan BN yang diterajui Umno akan membuat permohonan bajet tambahan sebagaimana yang telah diamalkan pada tahun-tahun sebelum ini.