Sidang DUN ‘satu hari sahaja’, nak tambah bajet pula?

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Barisan Nasional Terengganu diselar kerana memanggil Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Persidangan Dewan Undangan Negeri (Sidang Dun) Ketiga belas yang dijadualkan berlangsung pada Isnin 30 September 2013.
Timbalan Pesuruhjaya III PAS Terengganu Dr Alias Razak mempersoalkan, apakah yang dapat dibahaskan dalam sidang Dun yang sesingkat itu dan wakil-wakil rakyat tidak akan dapat membawa suara rakyat sekiranya pihak kerajaan mengekang waktu persidangan.
“surat Setiausaha Dewan memanggil Sidang DUN hanya sehari pada 30hb September…………masa yang begitu singkat , sedangkan dalam sidang Dun dua tiga hari pun kami tidak diberi peluang untuk membawa suara rakyat, apatah lagi kalau sidang Dun hanya sehari,”ujarnya.
ADUN Bukit Tunggal itu yang juga Pengerusi Lujnah Hal Ehwal Dewan Undangan Negeri (DUN) PAS Terengganu mengesyakki kerajaan BN yang diterajui Umno akan membuat permohonan bajet tambahan sebagaimana yang telah diamalkan pada tahun-tahun sebelum ini.
Tindakan itu bermakna, kata beliau, bajet kerajaan Terengganu bagi tahun 2013 yang berjumlah RM1.995 bilion akan meningkat menjadi dua bilion sebagaimana tahun-tahun sebelumnya.
Menurutnya Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu paa 13 Disember 2012 telah meluluskan Belanjawan 2013 sebanyak RM1.95 bilion meningkat sebanyak 2.3 peratus berbanding Bajet 2012.
Pada Sidang Dun Disember 2012 pula, katanya, kerajaan negeri Terengganu telah meluluskan bajet 2013 berjumlah RM1.887 bilion, tetapi telah meningkat apabila kerajaan telah meluluskan peruntukan tambahan berjumlah RM 155,543,600.00 menjadi jumlah RM2.03 bilion, pada sidang Dun Ogos 2012.
“sudah menjadi ‘trend’ nampaknya, bila sampai sekitar bulan Ogos atau September, kerajaan negeri panggil sidang Dun yang pendek semata-mata untuk meluluskan bajet tambah bagi menjadikan jumlah bajet tahun negeri Terengganu melebihi RM2 bilion,
“satu jumlah perbeanjaan yang sangat besar, lebih dari bajet negeri majus Selangor, tetapi masalah pembangunan dan kemiskinan di negeri Terengganu masih jauh berbanding negeri-negeri lain,”tegasnya.

Comments

Popular posts from this blog

CEO Karangkraf nafi keluar kenyataan isu Dr KY

Dr. Mahathir dicabar berhujah dengan Dr. Kamarul Zaman