CEO Karangkraf nafi keluar kenyataan isu Dr KY

SHAH ALAM - Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub menafikan laporan berita Malaysia Dateline yang bertajuk "Kenapa marah Sinar, tanya CEO Karangkraf pada Dr KY"
Hussamuddin berkata, beliau tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan membabitkan Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusoff (Dr KY) selepas wacana bertajuk “Apakah Tun M Terlalu Tua Untuk Jadi PM?” menjadi tumpuan negara sejak 22 April lalu.
"Saya hanya share tulisan seorang rakan Facebook, Mohamad Fauzi Nordin berhubung isu ini.
"Saya harap salah faham ini dapat diperbetulkan,"katanya.
Sementara itu, Mohamad Fauzi, 59, ketika dihubungi mengesahkan mengeluarkan kenyataan berkenaan di Facebook beliau pagi semalam.


Mohamad Fauzi yang merupakan pembaca akhbar Sinar Harian mengeluarkan kenyataan tersebut bagi menyatakan pandangan beliau setelah video wacana menjadi viral di media sosial dan aplikasi WhatsApp.

Comments

Popular posts from this blog

Sidang DUN ‘satu hari sahaja’, nak tambah bajet pula?

Dr. Mahathir dicabar berhujah dengan Dr. Kamarul Zaman